ShoutMix chat widget
[close]

Hari Kiamat Bakal Tiba 21 Mei?

Aku tak percaya langsung statement ni... Mana ada orang tau hari kiamat tiba bila... Itukan rahsia Allah SWT... But, aku hanya paste kan statement ni untuk pengetahuan korang... Baca ya...



21 Mei 2011 dan 21 Oktober 2011


Sebuah gereja Kristian yang memanggil diri mereka Family Radio Ministry percaya kiamat akan tiba tahun ini. Pada 21 Mei 2011, mereka yang percaya kepada ketuhanan Jesus Christ diangkat ke langit dan diselamatkan dari malapetaka besar sebelum kiamat akhirnya menghancurkan bumi pada 21 Oktober. Pendek kata pada 21 Mei ini RAPTURE bakal berlaku. Pada hari ini juga pengikut Family Radio Ministry percaya kejadian gempa bumi besar-besaran akan melanda seluruh dunia yang membawa kepada banyak kematian. Selama 3 bulan bumi akan dilanda malapetaka demi malapetaka sebelum akhirnya musnah pada 21 Oktober...





Para pengikut Family Radio Ministry kini menjelajah seluruh USA bagi memberi amaran kepada orang ramai yang kiamat sudah dekat. Mereka menaiki rumah mobil dan setakat ini sudah berjalan sejauh lebih 30 000 kilometer! Pengikut Family Radio Ministry menggelarkan diri mereka sebagai"Ambassador" (duta) yang dipilih oleh Jesus bagi mengingatkan orang ramai akan kehadiran"penghujung segala hari". Kesemua ahli ministry ini meninggalkan harta duniawi mereka semata-mata untuk berdakwah. Ada yang menjual rumah, memberi harta peribadi kepada kaum keluarga, ada yang meniggalkan sahaja rumah mereka tanpa berkunci dan ada juga yang meninggalkan ahli keluarga sendiri! Ini serius!


Pengasas Family Radio ministry ialah Harold Camping (89). Beliau berkata tilikan hari RAPTURE dan kiamat beliau adalah tepat kerana beliau mengkajinya dari Injil.
"Saya menemui semua petanda kedatangan semua Jesus dari Injil. Ianya pasti benar kerana Injil itu benar. Jika saya tidak percaya Injil saya seorang hipokrit!"
Here is the best part. Harold Camping pernah menilik yang hari kiamat bakal tiba pada September 4, 1994. Apabila kiamat tidak kunjung tiba pada hari tersebut Harold memberi alasan yang pengiraannya salah dulu kerana terlalu tergesa-gesa mengira.
Here is another interesting bit. 21 Oktober 2011 jatuh pada hari JUMAAT. You know what that means?













Laporan asal CNN...

**Statement ni aku copy kat Blog Serius...
**Tolong jangan percaya statement mengarut ni...

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.