ShoutMix chat widget
[close]

April Fool

Hoho!! Esok April Fool! Aku dah plan dah nak kena kan sape esok... Haha... Jahatnya aku ni... Ala, takpe pun sebab bukan tiap2 bulan ada April Fool kan? Hoho... Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan April... Umur aku pun dah nak genap 14 tahun... Hehe... 5 April ni bagi hadiah kat aku ye... Huhu... Ok lah, dah pukul 10.35 ni... Aku nak jadual waktu, dan tidur!!!

Results Exam Selaras Mac 2011

Fuhhh!!! Setelah dua hari aku memerah otak aku, akhirnya, dapat jugak result yang cantik... Alhamdulillah... Aku pun tak sangka yang aku boleh dapat 5A untuk Ujian Selaras Mac hari tu... But, aku bersyukur sangat2 sebab masa form 1 dulu, aku dapat 2A je... Kalau korang nak tahu result2 aku tu, baca la kat bawah ni;

Bahasa Melayu - 75% (B)
English Language - 80% (A)
Mathematics - 63% (C)
Science - 78% (B)
Pendidikan Agama Islam - 88% (A)
Geografi - 84% (A)
Sejarah - 83% (A)
Kemahiran Hidup (Teknikal) - 82% (A)

Dan aku harap sangat, aku dapat 8A untuk PMR tahun depan... Kalau tak dapat pun, 6A jadilah... Sebab aku nak masuk sekolah lama aku, SBP Integrasi Jempol... Aku dah tersalah buat pilihan, sepatutnya aku stay kat sekolah tu... Tapi nak buat macamana, dah aku yang buat keputusan nak pindah, so, aku kena lah pindah... Korang doakan aku berjaya dunia - akhirat ya... Amin...

Earth Hour 2011

Salam, Korang tau tak hari ni hari Earth Hour?? Ok la, kalau korang tak tau apa Earth Hour, baca statement ni...

"Earth Hour telah ditubuhkan dengan tujuan mengurangkan kesan pemanasan global yang semakin meningkat... Earth Hour disambut setiap tahun, dan berlainan tarikh, bulan dan hari, tetapi sama waktu, iaitu mulai 08:30 malam sehingga 09:30 malam (mengikut waktu tempatan)..." So, kepada korang2 yang baca post aku ni, praktikkan la Earth Hour ni pukul 08:30 malam ni ya...

Website/Blog Free Domain

Hai... Aku ada beberapa laman-web2 yang menyediakan perkhidmatan domain (www.nama-anda.com) secara percuma... Tapi, bukanlah *.com, *.net, *.my, *.biz, *.edu, *.gov, *.tv ataupun *.fm... Sebab domain2 tu berbayar dan berharga antara RM25 sehingga RM300... Oleh itu, untuk memudahkan pengunjung2 blog korang ke blog korang tu, korang boleh daftarkan alamat blog korang dengan penyedia berikut;



Korang boleh daftar domain blog korang (cth. blog-korang.blogspot.com) dengan lebih daripada satu penyedia... Oleh itu, korang pun boleh sediakan emel khas yang menggunakan domain blog korang (cth. info@blog-korang.co.cc)... Antara penyedia2 emel yang aku ada ialah;


Ok, tu saja yang aku... Tutorial mungkin disediakan di laman sesawang penyedia... Kalau ada masalah, hantar emel ke wak@hotmail.my atau mesej Facebook aku ya...

Hari Kiamat Bakal Tiba 21 Mei?

Aku tak percaya langsung statement ni... Mana ada orang tau hari kiamat tiba bila... Itukan rahsia Allah SWT... But, aku hanya paste kan statement ni untuk pengetahuan korang... Baca ya...



21 Mei 2011 dan 21 Oktober 2011


Sebuah gereja Kristian yang memanggil diri mereka Family Radio Ministry percaya kiamat akan tiba tahun ini. Pada 21 Mei 2011, mereka yang percaya kepada ketuhanan Jesus Christ diangkat ke langit dan diselamatkan dari malapetaka besar sebelum kiamat akhirnya menghancurkan bumi pada 21 Oktober. Pendek kata pada 21 Mei ini RAPTURE bakal berlaku. Pada hari ini juga pengikut Family Radio Ministry percaya kejadian gempa bumi besar-besaran akan melanda seluruh dunia yang membawa kepada banyak kematian. Selama 3 bulan bumi akan dilanda malapetaka demi malapetaka sebelum akhirnya musnah pada 21 Oktober...





Para pengikut Family Radio Ministry kini menjelajah seluruh USA bagi memberi amaran kepada orang ramai yang kiamat sudah dekat. Mereka menaiki rumah mobil dan setakat ini sudah berjalan sejauh lebih 30 000 kilometer! Pengikut Family Radio Ministry menggelarkan diri mereka sebagai"Ambassador" (duta) yang dipilih oleh Jesus bagi mengingatkan orang ramai akan kehadiran"penghujung segala hari". Kesemua ahli ministry ini meninggalkan harta duniawi mereka semata-mata untuk berdakwah. Ada yang menjual rumah, memberi harta peribadi kepada kaum keluarga, ada yang meniggalkan sahaja rumah mereka tanpa berkunci dan ada juga yang meninggalkan ahli keluarga sendiri! Ini serius!


Pengasas Family Radio ministry ialah Harold Camping (89). Beliau berkata tilikan hari RAPTURE dan kiamat beliau adalah tepat kerana beliau mengkajinya dari Injil.
"Saya menemui semua petanda kedatangan semua Jesus dari Injil. Ianya pasti benar kerana Injil itu benar. Jika saya tidak percaya Injil saya seorang hipokrit!"
Here is the best part. Harold Camping pernah menilik yang hari kiamat bakal tiba pada September 4, 1994. Apabila kiamat tidak kunjung tiba pada hari tersebut Harold memberi alasan yang pengiraannya salah dulu kerana terlalu tergesa-gesa mengira.
Here is another interesting bit. 21 Oktober 2011 jatuh pada hari JUMAAT. You know what that means?













Laporan asal CNN...

**Statement ni aku copy kat Blog Serius...
**Tolong jangan percaya statement mengarut ni...

Get Chat For Your Blog

Assalamualaikum WBT.. Hari ni aku nak bagi tau korang kat mana korang boleh dapatkan chat widget untuk blog korang... Kalau korang pernah pergi kat dearhaniey.blogspot.com, mesti korang ada nampak banyak chat widget kan?? But, hari ni aku nak korang pun ada chat widget tu untuk blog korang...






Ok, korang pastekan la kod2 yang disediakan tu kat mana2 page atau post korang...

Hari Ini...

Hari ni hari yang paling gembira dalam hidup aku sebab aku tak sangka Husna sudi naik motor dengan aku... Aku memang syok kat dia masa sekolah rendah dulu, dan aku rasa dia tau kot... Hehe... But, maafkan aku ye Husna, sebab aku bawak motor laju sangat masa tu... Dan, terima kasih sangat2 sebab sudi naik dengan aku... ~Thanks A Lot~